Khamis, 19 Julai 2012

Muhasabah Ihya' Ramadhan

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:   Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. 

Oleh itu bagi memantapkan lagi Sambutan Ramadhan kali ini, pihak SEMARAK telah menerbitkan sebuah buku iaitu "Muhasabah Ihya' Ramadhan". Buku ini diwujudkan untuk mendisiplin diri untuk menjalani ibadah dalam bulan ramadhan secara beristiqamah dan supaya dapat membangunkan roh ramadhan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga SEMARAK.

Hasil usaha Ustazah Norliza

 Untuk Guru-guru
 Guru Wanita
Guru Lelaki

Staf Sokongan
Para Pelajar
Muka Surat depan & Belakang
Antara Isi kandungan Buku

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 yang bermaksud: 

Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.