Isnin, 18 Mac 2013

Program guru penyayang

 cenderahati untuk pelajar dari guru guru penyayang..

murid-muridku sayang..



 
Pelaksanaan Amalan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang dalam kalangan murid-murid di sekolah. Konsep guru penyayang adalah membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi, dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Guru perlu mempunyai sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan murid. Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat professional guru dalam perhubungannya dengan murid - ibubapa, komuniti dan masyarkat sekelilingnya...