Selasa, 22 Mei 2012

'Lawatan Sambil Belajar part 2"

Destinasi pertama : Muzium Perak 

* Muzium Perak merupakan institusi muzium tertua di negara ini yang diasaskan oleh Sir Hugh Low pada tahun 1883 yang menempatkan pelbagai koleksi spesimen zoologi, herbarium dan alat budaya masyarakat Melayu.



 Destinasi kedua : Zoo Taiping

*Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Binatang- binatang tersebut terdiri daripada Harimau, Singa, Gajah, Badak Air, Zirafah, Enggang, Orang Utan dan lain lain lagi. Tambahan pula, usaha- usaha pembiakan hidupan liar ini telah terbukti berjaya. Antara hidupan liar yang berjaya dibiakan adalah seperti Harimau Belang, Singa, Siamang, Rusa, Nilgai, Burung Kuak dan banyak lagi.


 Penerangan dari renjer zoo


Destinasi ketiga : Kompleks Sejarah  Matang

*Kompleks Sejarah Matang(dahulunya dikenali sebagai Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim) yang terletak di Bukit Gantang, Matang (dulu Permatang), Perak, telah dibina oleh Ngah Ibrahim yang bergelar Orang Kaya Menteri Paduka Tuan adalah anak kepada Cek Long Jaffar orang Melayu pertama tahun 1840 membuka perusahaan lombong bijih timah di kawasan Larut, Matang dan Selama. Kompleks ini adalah merupakan sebuah bangunan yang beliau jadikan sebagai rumah, kota dan juga pusat pentadbiran Larut dan ditempatkan di kawasan seluas 0.8094 hektar. Bangunan ini dibina hanya menggunakan bahan-bahan yang terdiri daripada batu batan sahaja.



Destinasi keempat : Hutan Paya Laut Matang

*Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.



Destinasi Terakhir : Mee Udang Mak Jah



"Lawatan Sambil Belajar "

Pada 19 Mei, pihak sekolah telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Muzium Perak, Zoo Taiping , Kota Ngah Ibrahim, dan  Hutan Paya Bakau Kuala Sepetang. Lawatan ini disertai oleh 23 orang pelajar dan 5 orang guru pengiring.  


Jumaat, 18 Mei 2012

Khamis, 17 Mei 2012

Bacaan Ikrar oleh semua guru


Sambutan Hari Guru

Pada 16 Mei 2012, Hari Guru Peringkat Sekolah telah berjaya dijalankan dengan lancar walaupun hujan lebat telah turun di kawasan Semanggol.Berikut antara deretan peristiwa ketika sambutan Hari Guru :

 Kek Hari Guru

 Perarakan Masuk Guru-guru diiringi paluan kompang dari Pelajar.




 Bacaan doa oleh Ustaz Faizal

 Ucapan dari Ketua Umum :Nur Balqis

 Bacaan Perutusan Oleh Cikgu Salida

 Pengerusi Majlis : Nur Anasuha

 Ustaz Mohd Isa

 Perasmian oleh Pengetua : Ustaz Mohd Shu'ah

 Bacaan ikrar dan nyanyian lagu oleh semua guru

 Bacaan Ayat-ayat Al-Quran oleh Nur Aklinda

 Hafazan dari Umairah

 deklamasi sajak untuk guru-guru oleh Ruqiah dan Hanim

 Nyanyian lagu 'Terima Kasih Guru'


 Choral Speaking

 Acara memotong kek

 Acara bertukar-tukar hadiah antara guru


 Permainan: Batu Seremban

 Permainan: Ping Pong

Sekian.....

Selasa, 15 Mei 2012

Tentatif Sambutan Hari Guru

Dibawah merupakan tentatif sambutan Hari Guru yang akan disambut pada 16 Mei 2012.


Persiapan Menyambut Hari Guru

Alhamdulillah, walaupun para pelajar SEMARAK sedang menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, namun mereka masih mempunyai sedikit waktu  membuat persediaan untuk menyambut HARI GURU pada 16 Mei ini. Dibawah ini antara persiapan yang dilakukan para pelajar dan guru- guru.

 



 Latihan kompang


 




 Guru jemputan


 Hasil kerja Cikgu Fathiliana 

Ustazah Khadijah 

 Diharapkan apa yang dirancangkan untuk sambutan pertama Hari Guru SEMARAK 2012 berjalan dengan lancar.....
 

Jumaat, 11 Mei 2012

Peperiksaan Petengahan Tahun 2012

Berikut dipaparkan jadual peperiksaan pertengahan tahun 2012 untuk makluman para ibubapa dan penjaga pelajar-pelajar SEMARAK.


Semoga semua pelajar mampu membuktikan keupayaan mereka sebaik mungkin. Selamat maju jaya buat semua :)

Khamis, 3 Mei 2012

Mari Bertarannum.......


Mari Bertarannum bersama Ustaz Abdul Salam setiap hari Rabu dari jam 3 ptg hingga 4.30 ptg. Kelas tarannum Al-Quran ini akan diadakan setiap minggu bagi melagukan lagi bacaan Al-Quran para pelajar di SEMARAK. Ustaz Abdul Salam merupakan seorang guru Pendidikan Islam di Sek Keb Gunung Semanggol, Perak. 



  Para pelajar nampak begitu gembira dan bersemangat di dalam kelas.

walaupun baru pertama kali kelas ini bermula namun sudah terpancar kemesraan antara Ustaz Abdul Salam dan para pelajar.