Jumaat, 29 Jun 2012

Merentas Desa Peringkat Sekolah

Alhamdulillah kejohanan Merentas Desa SEMARAK 2012 telah diadakan hari ini dengan kemunculan Rumah Sukan Fatimah Az Zahra sebagai JUARA. Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah disampaikan kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Taklimat itu telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Zaidon yang menerangkan peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui. Larian bermula dari luar pagar sekolah dan seterusnya memasuki beberapa kawasan kampung disini.




Laluan Merentas Desa


  Ahli-ahli Rumah Sukan

Larian Telah bermula




Keputusan Akhir




Tahniah kepada semua ahli rumah sukan dan guru- guru serta staf SEMARAK kerana telah bekerja keras bagi menjayakan kejohanan ini.

 

Selasa, 26 Jun 2012

Kejohanan Merentas Desa SEMARAK 2012

Pada 29 Jun ini, Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum SEMARAK akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Kejohanan yang pertama kali diadakan ini bertujuan memenuhi Dasar Satu Murid Satu Sukan disamping dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.




Jumaat, 22 Jun 2012

Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SEMARAK telah diwujudkan bagi mengurus dan menyelaraskan  segala aktiviti kokurikum sekolah. Antara aktiviti yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini ialah Hari Sukan SEMARAK 2012. Penyelaras kali ini iaitu Ustaz Mohd Faizal telah mengagihkan semua guru,staf dan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Aisyah Humaira, Khadijah Thoharah dan Fatimah Az Zahra.


Jawatankuasa Tertinggi

 Nama Rumah Sukan : Aisyah Humaira'


Senarai Ahli

Nama Rumah Sukan : Khadijah Thoharah


Senarai Ahli

Nama Rumah Sukan : Fatimah Az Zahrah'


Senarai Ahli



Selasa, 19 Jun 2012

Sambutan Israk dan Mikraj

Alhamdulillah Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya. Bertempat di Surau SK Gunung Semanggol, majlis ini bermula seawal pukul 7 petang dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustazah Norliza Binti Hassan.Selesai solat Isyak berjemaah,semua warga SEMARAK telah dihidangkan makan malam yang ditaja oleh SK Gunung Semanggol.

 Ceramah Bermula.......


Antara sedutan ceramah yang disampaikan....





Jamuan.....


Kandid Kamera....



Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutama Guru Besar SK Gunung Semanggol.


Isnin, 18 Jun 2012

Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah 2012

SEMARAK dan SMATT ( Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang) telah menganjurkan Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah @ Khemah Ibadat Tingkatan 1 2012. Kem ini telah mengabungkan pelajar-pelajar dari 2 buah  sekolah ini. Bertempat di IKPK Padang Rengas, kem ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Jun 2012. Dibawah ini tentatif sepanjang kem ini dijalankan.



Gabungan SEMARAK dan SMATT




Coret-coret sepanjang kem berlangsung
Pembahagian kumpulan berdasarkan nama ini

 Aktiviti berkumpulan


Riadah
 


 LDK: Pembinaan Menara



Majils Penutup telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohammad  Nasar Bin Kurdi iaitu Ketua Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan JAIPk. 



ISRAK MIKRAJ

SEMARAK menganjurkan ceramah peringkat sekolah sempena Israk Mikraj bagi memperingati kisah perjalanan agung Nabi Muhammad SAW. Semua pelajar SEMARAK di WAJIBkan hadir. Penceramah yang dijemput adalah Ustazah Norliza Binti Hassan




WARGA SEMARAK MENGUCAPKAN SELAMAT MENGHAYATI ISRAK MIKRAJ