Alhamdulillah kejohanan Merentas Desa SEMARAK 2012 telah diadakan
hari ini dengan kemunculan Rumah Sukan Fatimah Az Zahra sebagai JUARA.
Acara ini telah dimulakan seawal jam 8 pagi. Satu taklimat telah
disampaikan kepada para peserta sebelum acara dimulakan. Taklimat itu
telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Faizal Bin Zaidon yang menerangkan
peraturan dan laluan pertandingan yang akan dilalui. Larian bermula dari
luar pagar sekolah dan seterusnya memasuki beberapa kawasan kampung
disini.
Laluan Merentas Desa
Ahli-ahli Rumah Sukan
Larian Telah bermula
Keputusan Akhir
Tahniah kepada semua ahli rumah sukan dan guru- guru serta staf SEMARAK kerana telah bekerja keras bagi menjayakan kejohanan ini.