Rabu, 15 Ogos 2012

Majlis Berbuka Puasa dan Khatam Al-Quran


 

Sepanjang bulan Ramadhan para pelajar SEMARAK telah dapat mengkhatam Al-Quran. Justeru itu, pihak sekolah telah berbesar hati untuk mengadakan majlis berbuka puasa dan Khatam Al-Quran semalam. Majlis ini bermula sekitar pukul 3 petang dimana semua warga SEMARAK bergotong-royong memasak untuk menyediakan juadah berbuka puasa. 
  Persiapan menyediakan juadah berbuka


Berbuka Puasa



Selepas solat Terawih, majlis diteruskan dengan khatam Al-Quran beramai-ramai di surau sekolah.



 Penyerahan Duit Raya dan cenderahati kepada para pelajar


kENANGAn


Selamat bercuti kepada semua...semoga lebaran kali ini memberikan beribu makna yang tersendiri kepada kita....MAAF ZAHIR DAN BATIN






Isnin, 13 Ogos 2012

Karya Pelajar SEMARAK

Berikut merupakan poster yang telah dilukis oleh pelajar SEMARAK 
sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55..
Poster-poster ini akan dinilai oleh guru SEMARAK untuk melayakkan mereka 
mendapat hadiah yang telah disediakan oleh pihak sekolah.















Tahniah kepada semua pelajar SEMARAK yang telah mengambil bahagian dalam  pertandingan ini


Ganjaran Yang Berpanjangan.......

Alhamdulillah pihak sekolah telah menerima sumbangan berupa wang tunai 
daripada En Reza Adnan dan keluarga.
 Sumbangan ini telah digunakan untuk membeli buku-buku rujukan
 dan buku ilmiah kepada pelajar SEMARAK. Pihak sekolah amat menghargai jasa beliau yang telah banyak membantu dalam memberi kemudahan kepada pada pelajar SEMARAK. Pihak sekolah berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada sekolah kami.
" Semoga Kebaikan yang dihulurkan Mendapat Ganjaran berterusan dari Allah swt"

Buku rujukan dan latihan

Buku Motivasi

Buku-buku agama

Buku Sains

Buku Bahasa Arab