Jumaat, 27 Julai 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada tahun ini, Negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 dengan tema " Janji Ditepati ". Sejajar dengan itu, Unit Kokurikulum SEMARAK bersama Panitia Sejarah menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
Antara Objektif  Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diadakan ialah:
  • Menerapkan semangat kemerdekaan ke dalam jiwa warga sekolah
  • bersyukur dan berbangga dengan kemakmuran dan kemewahan negara kita
  • Menghargai jasa tokoh-tokoh  kemerdekaan
  • Mengeratkan silaturahim dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
  • Memperkukuhkan integrasi murid yang menyokong konsep 1 Malaysia sekaligus mewujudkan semangat perpaduan
Senarai program sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan






Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan menjadi salah satu penyumbang ke arah pembentukan jati warga Malaysia yang mempunyai sikap dan semangat patriotik serta berbangga dan bersyukur dengan kemakmuran yang dinikmati.

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

Bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Insya-Allah tahun ni, hari pertama puasa jatuh pada 21 Julai 2012 (Sabtu) ini.


Diharapkan  kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. untuk kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri denganNya dalam bulan yang penuh barakah ini.

Salam Ramadhan dari seluruh warga SEMARAK.

Laporan Prestasi Hafazan Al-Quran

Berikut merupakan keputusan prestasi hafazan pelajar bagi penggal kedua


Diharapkan para pelajar akan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan prestasi hafazan mereka.

Ambang Ramadhan

Bertempat di Surau SEMARAK pada 18 Julai 2012, Ustazah Norliza telah menyampaikan satu ceramah bertajuk "Ambang Ramadhan". Ceramah ini sebagai persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan Al- Mubarak 1433H. 


 



Pada majlis tersebut juga turut disampaikan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam hafazan.
Antara pelajar  yang paling banyak menghafal Ayat-ayat Al-Quran

Selain itu, penyerahan Buku Muhasabah Ihya' Ramadhan kepada semua pelajar turut dilakukan.



Khamis, 19 Julai 2012

Muhasabah Ihya' Ramadhan

Lambaian Ramadhan hampir menggamit tiba dan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud:   Sesungguhnya telah datang kepadamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, di mana Allah telah mengfardhukan ke atasmu puasa. Dibuka padanya pintu‐pintu syurga dan ditutup padanya pintu‐pintu neraka, ditambat padanya syaitan‐syaitan. Padanya satu malam lebih baik daripada seribu bulan, siapa yang dihalang kebaikannya sebenarnya dia telah dihalang kebaikan yang banyak. 

Oleh itu bagi memantapkan lagi Sambutan Ramadhan kali ini, pihak SEMARAK telah menerbitkan sebuah buku iaitu "Muhasabah Ihya' Ramadhan". Buku ini diwujudkan untuk mendisiplin diri untuk menjalani ibadah dalam bulan ramadhan secara beristiqamah dan supaya dapat membangunkan roh ramadhan dan diterapkan dalam kehidupan seharian warga SEMARAK.

Hasil usaha Ustazah Norliza

 Untuk Guru-guru
 Guru Wanita
Guru Lelaki

Staf Sokongan
Para Pelajar
Muka Surat depan & Belakang
Antara Isi kandungan Buku

Firman Allah s.w.t dalam Surah al‐Baqarah, ayat 183 yang bermaksud: 

Hai orang‐orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan ke atas orang‐orang yang terdahulu dari kamu supaya kamu bertaqwa.

Isnin, 9 Julai 2012

Senarai Penerima Hadiah Hari Sukan SEMARAK

Berikut Senarai Pemenang Acara Padang
    
 LOMPAT JAUH
  1. Nur Aklinda Bt Mansor (Fatimah Az Zahra)
  2. Nurul Izzaty Bt Zurainee ( Aisyah Humaira)
  3. Siti Nur Aisyah Bt Azara'ai (Khadijah Thohirah)
 LOMPAT TINGGI
  1. Nur Balqis Bt Baharom (Khadijah Thohirah)
  2. Siti Nur Umairah Bt Hasan Basri (Fatimah Az Zahra)
  3. Nurul Anis Suhana Bt Badrun (Khadijah Thohirah)
MERENTAS DESA
  1.  Siti Nur Umairah Bt Hasan Basri (Fatimah Az Zahra)
  2.  Nur Balqis Bt Baharom (Khadijah Thohirah)
  3. Nur Nabilah Bt Abdul Aziz (Fatimah Az Zahra)
  4. Nur Aqillah Bt Mohd Asri  (Fatimah Az Zahra)
  5. Siti Nur Aisyah Bt Azara'ai (Khadijah Thohirah)
LONTAR PELURU
  1.  Nurul Izzaty Bt Zurainee ( Aisyah Humaira)
  2.  Nur Balqis Bt Baharom (Khadijah Thohirah)
  3. Raidania Athirah Bt Azmee  (Fatimah Az Zahra)
MEREJAM LEMBING
  1. Fatin Nur Annisya Bt Mohd Fauzi  ( Aisyah Humaira)
  2. Nur Nabila Bt Mohd Khairizi  (Fatimah Az Zahra)
  3. Nur Thoyyibah Syazli Bt Mohd Shahar  ( Aisyah Humaira)
Acara: 100 Meter
  1. Siti Nur Ain Bt Mohd Fauzi  ( Aisyah Humaira)
  2.  Nur Nabilah Bt Abdul Aziz (Fatimah Az Zahra)
  3. Siti Ruqiah Bt Mohamad Amin  ( Aisyah Humaira)
 Acara: 200 Meter
  1.  Siti Nur Umairah Bt Hasan Basri (Fatimah Az Zahra)
  2.  Siti Nur Ain Bt Mohd Fauzi  ( Aisyah Humaira)
  3.   Nur Balqis Bt Baharom (Khadijah Thohirah)
  Acara: 400 Meter
  1.  Siti Nur Umairah Bt Hasan Basri (Fatimah Az Zahra)
  2.  Siti Ruqiah Bt Mohamad Amin  ( Aisyah Humaira)
  3.  Nur Nabila Bt Mohd Khairizi  (Fatimah Az Zahra)
  Acara: 4 x 100 Meter
  1.  Fatimah Az Zahra
  2.  Khadijah Thohirah
  3.  Aisyah Humaira
PERSEMBAHAN RUMAH SUKAN
  1.  Khadijah Thohirah
  2.  Aisyah Humaira
  3.  Fatimah Az Zahra
  Khadijah Thohirah
 
OLAHRAGAWATI :  Siti Nur Umairah Bt Hasan Basri (Fatimah Az Zahra)


JUARA KESELURUHAN :  Fatimah Az Zahra


Sambutan Hari Sukan SEMARAK

Walaupun SEMARAK  hanya memiliki 23 orang pelajar namun sambutan hari Sukan SEMARAK yang pertama telah berlangsung dengan begitu meriah dengan turut  dihadiri oleh ibu dan bapa pelajar, pelajar SK Gunung Semanggol dan masyarakat setempat. Bertempat di padang SK Gunung Semanggol acara sukan ini telah berlangsung pada pada Hari Sabtu, 7/7/2012. Acara sukan ini telah bermula pada 8.30 pagi dan dirasmikan oleh Ustaz Haji Tarmizi Bin Sahari, Pegawai Tadbir Agama Bagan Serai.









  

Untuk melihat gambar-gambar lain ketika hari sukan SEMARAK sila cliks link dibawah:
  1.  http://www.facebook.com/media/set/?set=a.376746015714393.94810.332504380138557&type=1
  2. http://www.facebook.com/media/set/?set=a.376735645715430.94808.332504380138557&type=3


 

Rabu, 4 Julai 2012

Penilaian Prestasi Hafazan Harian Pelajar

Guru-guru Tahfiz SEMARAK telah sepakat membuat satu sudut Prestasi Hafazan bagi mencatat tahap hafazan para pelajar setiap hari. Melalui penilaian ini diharap para pelajar akan sentiasa bekerja keras untuk melancarkan dan memperbanyakkan hafalan ayat-ayat Al-Quran supaya tahap prestasi mereka sentiasa meningkat setiap hari. 

Sistem Penggredan Prestasi

 Prestasi Hafazan Pelajar pada 3 Julai

 Prestasi Hafazan Pelajar pada 4 Julai
Belakang Tabir
 


Isnin, 2 Julai 2012

LATIHAN RUMAH SUKAN

Bermula pada hari ini, semua ahli  rumah sukan diwajibkan untuk menghadiri latihan rumah sukan bertempat di Padang SK Gunung Semanggol. Berikut merupakan jadual sesi latihan yang akan berlangsung.



Agihan sesi latihan

Jadual Hari Sukan SEMARAK 2012

SENARAI JAWATANKUASA INDUK