Isnin, 3 September 2012

SEMARAK JALUR GEMILANGKU"


 Alhamdulillah Bendera Malaysia telah berjaya disiapkan oleh warga SEMARAK buat kali pertamanya untuk Sambutan Hari Kemerdekaan ke 55.

 Proses Pembuatan Bendera

 Hasilnya 

 
Terbaik!!!
Info Sejarah Bendera Malaysia

*Bendera Malaysia pada asalnya ialah bendera Persekutuan Tanah Melayu yang mula digunakan dengan rasminya pada 26 Mei 1950. 

*Hasil ciptaan seorang arkitek kerajaan di Johor, Mohamad Hamzah telah terpilih tetapi dibuat beberapa perubahan pada reka bentuk asalnya.

* Antara perubahan yang dibuat ialah menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.  

*Pada 9 Julai 1997, jemaah menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama ‘Jalur Gemilang
  ~ Secara ringkasnya, perkataan ‘jalur’ dalam nama Jalur Gemilang melambangkan jalur pada bendera yang menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju serta arah yang sama yang diikuti oleh rakyat negara ini manakala ‘gemilang’ pula melambangkan keadaan yang bercahaya, terang-benderang dan cemerlang.
   ~ Oleh itu, Jalur Gemilang adalah lambang aspirasi rakyat Malaysia dalam mengharungi kemajuan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi membina sebuah negara yang cemerlang gemilang dan terbilang.