Jumaat, 10 Februari 2017 adalah detik yang mendebarkan bagi pelajar yang menduduki peperiksaan Thanawi dan I’dadi pada tahun 2016. Ini
kerana keputusan kedua-dua peperiksaan ini akan diumumkan. Walau bagaimanapun, kesemua
pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut dapat mengukir senyuman
dan menitiskan tangisan kegembiraan apabila mereka mengetahui bahawa mereka
telah lulus dengan cemerlang. Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah.
Supaya kejayaan ini dapat diteruskan lagi
pada peperiksaan PT3 dan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi.
Kami warga SEMARAK mengucapkan TAHNIAH
dan SELAMAT MAJU JAYA.
Pelajar bergambar kenang-kenangan bersama Pengetua selepas sesi penyerahan slip keputusan I'dadi 2016 |
Wajah ceria pelajar bersama Pengetua selepas menerima slip keputusan Thanawi 2016. |
"SEMARAK MEMACU HIDUP YANG DICITA"