Pada 29 Jun ini, Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum SEMARAK akan mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Kejohanan yang pertama kali diadakan ini bertujuan memenuhi Dasar Satu Murid Satu Sukan disamping dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Selasa, 26 Jun 2012
Jumaat, 22 Jun 2012
Jawatankuasa Induk Pengurusan Kokurikulum
Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum SEMARAK telah diwujudkan bagi mengurus dan menyelaraskan segala aktiviti kokurikum sekolah. Antara aktiviti yang akan berlangsung dalam masa terdekat ini ialah Hari Sukan SEMARAK 2012. Penyelaras kali ini iaitu Ustaz Mohd Faizal telah mengagihkan semua guru,staf dan pelajar kepada tiga kumpulan iaitu Kumpulan Aisyah Humaira, Khadijah Thoharah dan Fatimah Az Zahra.
Jawatankuasa Tertinggi
Nama Rumah Sukan : Aisyah Humaira'
Senarai Ahli
Nama Rumah Sukan : Khadijah Thoharah
Senarai Ahli
Nama Rumah Sukan : Fatimah Az Zahrah'
Senarai Ahli
Selasa, 19 Jun 2012
Sambutan Israk dan Mikraj
Alhamdulillah Sambutan Israk dan Mikraj peringkat sekolah telah dijalankan dengan jayanya. Bertempat di Surau SK Gunung Semanggol, majlis ini bermula seawal pukul 7 petang dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah dan diteruskan dengan Ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Ustazah Norliza Binti Hassan.Selesai solat Isyak berjemaah,semua warga SEMARAK telah dihidangkan makan malam yang ditaja oleh SK Gunung Semanggol.
Ceramah Bermula.......
Antara sedutan ceramah yang disampaikan....
Kandid Kamera....
Jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan majlis ini terutama Guru Besar SK Gunung Semanggol.
Isnin, 18 Jun 2012
Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah 2012
SEMARAK dan SMATT ( Sek Men Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang) telah menganjurkan Kem Motivasi dan Kecemerlangan Sahsiah @ Khemah Ibadat Tingkatan 1 2012. Kem ini telah mengabungkan pelajar-pelajar dari 2 buah sekolah ini. Bertempat di IKPK Padang Rengas, kem ini berlangsung selama 2 hari iaitu pada 15 dan 16 Jun 2012. Dibawah ini tentatif sepanjang kem ini dijalankan.
Gabungan SEMARAK dan SMATT
Coret-coret sepanjang kem berlangsung
Pembahagian kumpulan berdasarkan nama ini
Aktiviti berkumpulan
Riadah
LDK: Pembinaan Menara
Majils Penutup telah dirasmikan oleh Tn. Haji Mohammad Nasar Bin Kurdi iaitu Ketua Penolong Pegawai Bahagian Pendidikan JAIPk.
ISRAK MIKRAJ
Langgan:
Catatan (Atom)

























