Isnin, 13 Ogos 2012

Ganjaran Yang Berpanjangan.......

Alhamdulillah pihak sekolah telah menerima sumbangan berupa wang tunai 
daripada En Reza Adnan dan keluarga.
 Sumbangan ini telah digunakan untuk membeli buku-buku rujukan
 dan buku ilmiah kepada pelajar SEMARAK. Pihak sekolah amat menghargai jasa beliau yang telah banyak membantu dalam memberi kemudahan kepada pada pelajar SEMARAK. Pihak sekolah berbesar hati sekiranya ada pihak yang sudi menghulurkan sumbangan kepada sekolah kami.
" Semoga Kebaikan yang dihulurkan Mendapat Ganjaran berterusan dari Allah swt"

Buku rujukan dan latihan

Buku Motivasi

Buku-buku agama

Buku Sains

Buku Bahasa Arab


 

Jumaat, 27 Julai 2012

Sambutan Bulan Kemerdekaan

Pada tahun ini, Negara kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 55 dengan tema " Janji Ditepati ". Sejajar dengan itu, Unit Kokurikulum SEMARAK bersama Panitia Sejarah menganjurkan Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat sekolah.
Antara Objektif  Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diadakan ialah:
  • Menerapkan semangat kemerdekaan ke dalam jiwa warga sekolah
  • bersyukur dan berbangga dengan kemakmuran dan kemewahan negara kita
  • Menghargai jasa tokoh-tokoh  kemerdekaan
  • Mengeratkan silaturahim dan mewujudkan perpaduan dalam kalangan warga sekolah
  • Memperkukuhkan integrasi murid yang menyokong konsep 1 Malaysia sekaligus mewujudkan semangat perpaduan
Senarai program sepanjang Sambutan Bulan Kemerdekaan






Sambutan Bulan Kemerdekaan ini diharapkan menjadi salah satu penyumbang ke arah pembentukan jati warga Malaysia yang mempunyai sikap dan semangat patriotik serta berbangga dan bersyukur dengan kemakmuran yang dinikmati.

Jumaat, 20 Julai 2012

Salam Ramadhan 1433H

Bertemu lagi dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah. Insya-Allah tahun ni, hari pertama puasa jatuh pada 21 Julai 2012 (Sabtu) ini.


Diharapkan  kesempatan yang diberikan oleh Allah s.w.t. untuk kita sama-sama meningkatkan amal ibadah dan mendekatkan diri denganNya dalam bulan yang penuh barakah ini.

Salam Ramadhan dari seluruh warga SEMARAK.

Laporan Prestasi Hafazan Al-Quran

Berikut merupakan keputusan prestasi hafazan pelajar bagi penggal kedua


Diharapkan para pelajar akan berusaha lebih gigih untuk meningkatkan prestasi hafazan mereka.

Ambang Ramadhan

Bertempat di Surau SEMARAK pada 18 Julai 2012, Ustazah Norliza telah menyampaikan satu ceramah bertajuk "Ambang Ramadhan". Ceramah ini sebagai persiapan untuk menyambut ketibaan Ramadhan Al- Mubarak 1433H. 


 



Pada majlis tersebut juga turut disampaikan anugerah kepada para pelajar yang cemerlang dalam hafazan.
Antara pelajar  yang paling banyak menghafal Ayat-ayat Al-Quran

Selain itu, penyerahan Buku Muhasabah Ihya' Ramadhan kepada semua pelajar turut dilakukan.