Pada 19 Januari 2013, SEMARAK telah menganjurkan satu lawatan ke Bandaraya Ipoh. Tujuan lawatan ini untuk mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah sesama pelajar. Pelajar-pelajar juga berpeluang menunjukkan bakat dalam permainan bowling yang diadakan di Mydin Meru Raya. Kemudian rombongan bergerak ke rumah pengetua untuk menikmati hidangan tengahari. Selepas itu, rehlah diteruskan ke Taman Reakreasi Gunung Lang yang terkenal dengan keindahan tasiknya.