Khamis, 14 Februari 2013

الإحتفال بمولد الرسول صلى الله عليه وسلم 24/1/2013

Hasil karya anak-anak SEMARAK

                                                                    Perarakan..................

Warga SEMARAK tidak ketinggalan menyemarakkan ' Cinta Rasul '. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat menyuburkan lagi cinta kepada Rasulullah SAW.

(REHLAH) SABTU 19/1/2013

                       REHLAH KE IPOH

Pada 19 Januari 2013, SEMARAK telah menganjurkan satu lawatan ke Bandaraya Ipoh. Tujuan lawatan ini untuk mengeratkan lagi jalinan ukhuwwah sesama pelajar. Pelajar-pelajar juga berpeluang menunjukkan bakat dalam permainan bowling yang diadakan di Mydin Meru Raya. Kemudian rombongan bergerak ke rumah pengetua untuk menikmati hidangan tengahari. Selepas itu, rehlah diteruskan ke Taman Reakreasi Gunung Lang yang terkenal dengan keindahan tasiknya.

Ahad, 13 Januari 2013

Pendaftaran Pelajar Baru Tingkatan 1


Pada 9 Januari 2013 seramai 23 orang telah mendaftar diri di Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan Kerian. Pendaftaran bermula pada pukul 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi. Selepas itu majlis untuk meraikan para pelajar tingkatan 1 sesi 2013 diadakan dan dirasmikan oleh Ustaz Musanif :Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Jaipk merangkap Penyelaras Tahfiz Jaipk.Majlis ini juga diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar tingkatan 2 yang diketuai oleh Nurul Afiqah Binti Kamaruddin.









Semoga para pelajar baru ini dapat menyesuaikan diri di SEMARAK dan dapat mengikut segala sesi pembelajaran yang baru.

Jumaat, 30 November 2012

AKTIVITI SEPANJANG NOVEMBER (2)

3. Hari Anugerah Kecemerlang SEMARAK

Pengarah Projek : Nursalida Binti Mad Saad
Tarikh : 16 November 2012
Tempat : Dewan Sekolah
Tema : Kecemerlangan Al-Quran pembentukan generasi ulul albab
Tetamu Kehormat : Tuan Haji Nasar Bin Kurdi 
                                Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan JAIPk










Pemberian buku biasiswa


 Persembahan para pelajar


 Terbaik Mata Pelajaran
Tokoh Cemerlang Al-Quran,Tokoh Akademik dan Tokoh Pelajar



Jutaan terima kasih kepada semua ibubapa pelajar yang sudi memeriahkan Hari Anugerah Kecemerlang SEMARAK. 

Khamis, 22 November 2012

AKTIVITI SEPANJANG NOVEMBER (1)

1.LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PERLIS DAN KEDAH 

Pengarah Projek : Ustaz Mohd Faizal Bin Zaidon
Tarikh : 3 dan 4 November 2012
Tempat : Kilang HPA,Ladang Anggur Perlis, Gua Kelam, Padang Besar } Perlis
               Pusat Sains Negara Wilayah Utara,Muzium Padi,Menara Alor Star, 
                 Pekan Rabu }   kedah


Secebis kenangan




2.Kem Excellence Al-Quran SEMARAK 2012

Pengarah Projek : Ustazah Khadijah Binti Mohamad Nordin
Tarikh : 10 - 16 November 2012
 Matlamat Program : Memantapkan hafazan para pelajar.
Aktiviti: Hafazan  Al-Quran, Kelas Hukum Tajwid, Melawat Kilang coklat as-syifa,berenang di Suria Apartment